IMPAC telah menganjurkan Program TVET MyCommodity di bawah inisiatif Kampung Angkat Madani KPK bertempat di Sekolah Kebangsaan Parit Bilal, Batu Pahat, Johor yang telah dirasmikan oleh YBrs. Tuan Syahnaz Akhtar Mat Ali, Setiausaha Bahagian, Bahagian Penggalakan Inovasi dan Modal Insan Industri, Kementerian Perladangan dan Komoditi.
Program bertujuan untuk mempromosikan Program Latihan Kemahiran Sektor Agrikomoditi, memperluas akses peluang latihan dan kerjaya dalam sektor agrikomoditi serta menggalakkan golongan belia tempatan untuk memilih kerjaya dalam industri perladangan dan komoditi dimasa hadapan. Program ini melibatkan seramai 600 oarang pelajar Tingkatan 4 dan 5 aliran Program Vokasional Menengah Atas (PVMA), pelajar aliran tahfiz dan belia lepasan sekolah sekitar daerah Batu Pahat, Johor.
Turut hadir YBrs. Dr. Khalid Bin Abdul Samad, Pengarah Pembangunan Negeri Johor, Unit Penyelarasan Pelaksanaan,Jabatan Perdana Menteri, YBrs. Puan Nazatul Niza Binti Nordin, Ketua Eksekutif IMPAC, YBrs. Tuan Zaidi Bin Japar, Ketua Whip Majlis Perbandaran Batu Pahat.
IMPAC mengucapkan setinggi penghargaan kepada Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan serta Pimpinan Masyarakat Setempat kerana telah memberikan sokongan dan komitmen yang tinggi dalam menjayakan program ini.
Semoga usahasama ini diteruskan lagi bagi memperkasa agenda TVET negara serta memastikan pembangunan modal insan sektor agrikomoditi kekal mampan dan berdaya saing.
#TVETMyCommodity
#KgAngkatMadaniKPK
#MalaysiaMadani