IMPAC telah mengadakan kunjungan ke Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bagi membina hubungan jalinan kerjasama strategik pelaksanaan program latihan berteraskan TVET kepada graduan FSU, USIM. Kerjasama yang dirancang ini adalah bertujuan untuk membina peluang dan meluaskan penglibatan graduan lepasan bidang Sastera dan Undang-Undang untuk menceburi bidang Agrikomoditi. Delegasi IMPAC telah diketuai oleh YBrs. Puan Nazatul Niza Nordin, Ketua Eksekutif IMPAC dan pihak FSU, USIM telah diketuai oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Nik Salida Suhaila Nik Saleh, Dekan FSU, USIM.