IMPAC telah mengadakan kunjungan ke Bahagian Research & Development, FGV Agri Services Sdn Bhd bagi membina hubungan jalinan kerjasama strategik pelaksanaan program latihan berteraskan TVET. Antara perkara yang dibincangkan adalah merangka program upskilling Penyeliaan Ladang Sawit kepada kakitangan FGV yang sedia ada serta membuka peluang latihan kemahiran kepada belia generasi baru anak-anak felda. Kerjasama yang dirancang ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kapasiti modal insan kepada anak-anak tempatan untuk menceburi bidang komoditi bagi mengurangkan kebergantungan kepada pekerja warga asing. Delegasi IMPAC telah diketuai oleh YBrs. Puan Nazatul Niza Nordin, Ketua Eksekutif IMPAC manakala FGV telah diketuai oleh YBrs. Tuan Haji Mohamad Idris Ismail, Pengurus Besar Kanan, Bahagian Khidmat Korporat, FGV Agri Services Sdn Bhd.