IMPAC telah mengadakan lawatan kerja ke Akar Indah Engineering Sdn. Bhd. bertempat di UPM-MTDC, Serdang. Lawatan ini merupakan platform bagi membincangkan aktiviti dan inisiatif dalam konteks pembangunan modul latihan TVET berteraskan Revolusi Industri Keempat (IR 4.0) dalam Sektor Perladangan. Delegasi IMPAC telah diketuai oleh YBrs. Puan Nazatul Niza Nordin, Ketua Eksekutif IMPAC manakala pihak Akar Indah Engineering Sdn. Bhd telah diketuai oleh Pengarah Urusan, Encik Mohd Yuzairin Bin Md Yunus.